Domain .com pada RM5
Posted on 17. Dec, 2009 by Mohamad Firdaus in Berita, Produk
Salam Sejahtera,
Saya harap semua sihat diatas kehendaknya. Saya sekarang berada di Terengganu. Menghabiskan cuti semester bersama keluarga. Sebenarnya saya menunggu panggilan untuk menjalani latihan. Sementara menunggu, jadi lebih baik pulang ke kampung dululah. Ye tak?
Hari ini saya ingin memberikan tips bagaimana membeli domain .com, .us, .mobi, .biz, .net, .org, .ca, .co.uk dan .in pada harga bawah pada RM5. “Biar benar???, bawah 5 Ringgit”, Tanya seorang rakan dari YM yang inginkan kepastian. Betul, anda boleh mendapatkan domain idaman anda dibawah harga RM5 dengan GoDaddy.com. Bagaimana?
Godaddy sekarang sedang mengadakan promosi akhir tahun untuk domainnya. Tapi syaratnya perlumenggunakan kod kupon promosi yang dikeluarkan oleh Godaddy sendiri .Promosi ini terbuka kepada pendaftaran yang baru atau pemindahkan domain sahaja. Promosi ini tidak terbuka kepada untuk sebarang pembaharuan, pendaftaran secara pukal, dan domain premium. Setiapa account hanya terhad untuk 1 pendaftaran sahaja. Promosi ini hanya sah untuk 7,500 pelanggan pertama sahaja atau sebelum 29 Disember 2009, bermakna yang mana sampai dahulu. Konta kepada berita ini ialah, Pelanggan tidak dibenarkan membeli melalui gift card atau PayPal untuk membuat pembelian. Dan setap pembelian akan membayar 18 sen untuk yuran ICANN untuk setiap domain. Godaddy dapat menapis bagi mana-mana pengguna yang membeli domain lebih dari 2 kali.
Tanpa membuang masa, jom tengok tutorial cara bagaimana untuk mendapatkan domain pada harga promosi ini.
1. Pergi laman Godaddy.com di www.godaddy.com
2. Cari domain idaman anda di Domain search seperti dibawah.

3.Jika domain pilihan anda belum mempunyai pemilik lagi, maknanya anda boleh memilikinya. Seterusnya klik Continue to Registration.

4. Abaikan segala promosi lain yang ditawarkan Godaddy, dan teruskan dengan menekan No Thanks.

5. Continue pembelian anda pada option nombor 4.

6. Anda akan ditunjukkan Shopping Cart anda. Perlu diingatkan bahawa, domain ini hanya sah untuk 1 tahun sahaja. Oleh itu, ubahkan nilai kepada 1 Year. Dan tick pada Agreement yang disediakan menandakan anda setuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Pastikan anda tick pembayaran adalah melalui Credit Card.

7. Masukkan kod kupon promosi pada diruangan Promo Code. Kupon Kod adalah;
BUYCOM99
![]()
8. Seterusnya, Klik pada continue with checkout.
9. Anda dibawa login page, jika anda merupakan pelanggan Godaddy, masukkan sahaja username dan password GoDaddy anda, sebaliknya sila daftar yang baru.
10. Seterusnya anda akan dibawa ke kahalaman untuk pembayaran. Masukkan maklumat kad kredit anda untuk urusan pembayaran.

11. Kemudian Klik Place Your Order.
12. Untuk memastikan pembelian adalah orang yang sebenar (makna nya bukan bot), sila masukkan Access Code yang disediakan dan klik Verify Code.

13. Tahniah! Anda baru sahaja mendapatkan domain idaman anda pada harga yang cukup murah. Satu email invoice akan dihantar terus kepada inbox email anda. Dan jika anda berminat dengan promosi lain yang ditawarkan oleh godaddy, bolehlah teruskan pada page Godaddy selepas verify code. Sekali lagi diingatkan, Promosi ini hanya sah untuk 7,500 pelanggan pertama sahaja atau sebelum 29 Disember 2009. Bertindak sekarang!
Selamat Berjaya.

