Gaji Adsense Yang Pertama
Posted on 06. Dec, 2009 by Mohamad Firdaus in Adsense, Berita, Personal
Salam Disember!
Wah, Dah naik berlumut dashboard ni rupanya. Fuh, setelah berhempas pulas menyiapkan projek akhir semester akhirnya ada juga kelapangan untuk berehat.
Baiklah, semalam buat kali pertama, saya telah sukses dengan jayanya cashout earning Adsense saya. Yeh!huhu..gembira rasanya dihatiku..Ewah!Sebenarnya dari semalam lagi ingin menulis entry mengenai Adsense, tetapi tiada kelapangan masa yang ideal untuk menulis disini. Akhirnya, setelah lebih dua tahun menunggu berjaya juga merasa duit Adsense ni. Hoho.

Hendak kata nervous tu takdelah sangat masa nak cashout earning Adsense menggunakan Western Union di CIMB semalam, mungkin sudah biasa menghantar wang kepada scammer. Tapi ada lah juga perasaan takut jika fund tidak dapat dikeluarkan, maklumlah budak baru belajar. Masa tengah berurusan dengan kaunter tu, kakak pekerja kaunter tiba-tiba bertanya, “Adik buat apa dapat duit banyak-banyak dari US ni?”.Maka dengan selambanya saya menjawab, “Jadi publisher untuk iklan di Google, kak”. Jawapan yang cukup ringkas tapi padat. Dan susulan lagi dengan beberapa lagi pertanyaan bertubi-tubi yang saya sendiri dah lupa apa soalannya sebelumkan diteruskan lagi pertanyaan dari boss beliau semasa pengesahan pengeluaran WU. Terasa seperti di-interrogate pun ada.:D
Disini suka saya ingin berkongsi earning saya. Tiada langsung niat dihati untuk riak dan menunjuk serta jauh sekali ingin membanggakan diri selain hanya untuk membuat perkongsian terbuka dengan pembaca sebagai pembakar semangat bahawa newbie seperti kita pun boleh lakukannya.:)
Jeng jeng jeng. Inilah hasil kerja yang gatal tangan penat lelah menunggu sekian lama (Huh, penat ke?). Sangat puas dan gembira. Itulah kata-kata yang akan saya cakap seandainya kalau ada orang bertanya “best ke dapat duit dari Google ni?”.
P/S : Huhu, tadi pun dah keluar tengok wayang guna hasil Adsense ni:). Konon-kononnya nak me-release-kan tension. Minggu depan nak final exam.




aya
25. Dec, 2009
teruskan cita2 dn smoga brjaya.
[Reply]
Mohamad Firdaus Reply:
December 25th, 2009 at 00:36
thanks for supporting:p
[Reply]
wanwma
01. Jan, 2010
tahniah bro, lepas ni aku pun nak mintak duit dengan pakcik google gak la…hohohoh..
[Reply]
khai wan
09. Mar, 2010
TAHNIAH BRO.BANYAK TU USD295…teruskan usaha..
[Reply]
Synn
25. Jun, 2010
tahniah bro…bleh tak share blog mana yang u letak semua benda adsense adsense tu…dan bagaimana. saya tanya ni sebab saya mungtkin dah hampir 2 tahun buat adsense tapi baru je cecah $40….u dah dapat 295, hebat tuh
share je lah ye…bleh emai kat saya
keep up the good work bro
[Reply]